Sunday, December 14, 2008

Galeri


Belajar Membina Blog

Saya selalu membaca blog anak saudara yang masih remaja. Sering memberi komen dan berkongsi 'rasa' yang tidak dapat diluahkan bila berbicara. Saya juga berpeluang mengenali rakan-rakan baiknya melalui cerita dan gambar-gambar mereka tetapi tidak pula terbuka hati untuk membina blog sendiri. Namun hari ini, bermula satu lagi variasi baru dalam kanvas kehidupan saya. Saya amat teruja untuk membina blog sendiri kerana saya ada banyak cerita yang diingin dikongsi bersama insan lain.